Noramfaizul Mohd Nor
Noramfaizul Mohd Nor

Noramfaizul Mohd Nor

Noramfaizul Mohd Nor (14 November 1971 - 2 September 2011) merupakan seorang jurukamera Bernama TV, maut akibat terkena tembakan peluru sesat (tembakan curi) semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 2 September 2011. Beliau adalah wartawan Malaysia pertama terbunuh ketika membuat liputan di luar negara.Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Noram pernah bekerja dengan Filem Negara Malaysia selama 13 tahun. Pada 2 Mac 1997, beliau nyaris terbunuh ketika mengambil gambar dari udara tentang lumba basikal antarabangsa Le Tour de Langkawi 1997. Pada saat akhir, beliau tidak jadi menaiki Cessna 172 milik Mofaz Air, terhempas di kawasan belukar berpaya di Kampung Bakau, Kelibang, pulau Langkawi. Seorang juruterbang dan dua juru kamera terbunuh. Selepas peristiwa itu, Noramfaizul menyertai stesen televisyen MetroVision. Ekoran stesen TV itu ditutup pada 1999, beliau menyertai Bernama TV pada 2002.[1][2] Noram pernah membuat liputan semasa misi bantuan kemanusian di Gaza, Palestin dan Pakistan dan gempa bumi Chrischurch, New Zealand.

Noramfaizul Mohd Nor

Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Serdang
Pekerjaan Jurukamera, wartawan penyiaran
Ibu bapa Mohd Nor Mat Yassin
Naemah Abdul Majid
Pasangan Norazrina Jaafar (2002-2011, kematiannya)
Anak Mohd Irfan Noramfaizul
Mohd Naufal Noramfaizul
Anugerah Bintang Gagah Perkasa (Melaka)
Nama lain Noram
Meninggal dunia 2 September 2011(2011-09-02) (umur 39)
Mogadishu, Somalia
Warganegara Malaysia
Sebab kematian Terbunuh semasa membuat liputan di luar negara
Kelahiran (1971-11-14)14 November 1971
Kuala Lumpur, Malaysia

Rujukan

WikiPedia: Noramfaizul Mohd Nor http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?... http://malaysiakini.com/news/174761 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jenazah... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Perbela... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Semanga... http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-14771821 https://www.thestar.com.my/news/nation/2011/10/09/...